Monday, September 14, 2009

BELUM TIBA MASANYA


Makin hari, makin sibuk manusia dengan persiapan Aidil Fitri. Sedang kita sepatutnya menggunakan sepenuhnya hari-hari Ramadan yang berbaki kerana tawaran-tawaran yang ada pada malam-malam berbaki ini, belum tentu kita akan perolehnya semula pada masa-masa yang akan datang.

Jadikanlah hari-hari yang berbaki ini, hari-hari yang kita berada paling dekat dengan Allah. Hati kita, anggota kita, pastikan mereka terus-menerus beribadah dan mengingati Allah SWT.

Mana mungkin kita mampu meraikan Aidil Fitri sekiranya kita melepaskan peluang-peluang keemasan yang Allah janjikan.

Muhasabahlah diri kita. Betapa teruknya kita. Mampu bergembira meraikan hari kemenangan, sedangkan kita gagal mengaut sepenuhnya keistimewaan Ramadan.

Carilah LailatulQadr di sepanjang hari-hari yang berbaki. Sesungguhnya malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan.

-Allahummarzuqna LailatulQadr, Allahumma ij3alna minarRutaqa', Allahumma a'tiq riqabana minanNar-

[+/-] Terus Baca...



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..