Saturday, April 17, 2010

Adidas dan Boikot

Assalamualaikum...

Kelmarin (Jumaat), aku sempat join satu program dengan budak-budak arab (bawah 15 tahun). Bukanlah program anjuran diorang, tapi dianjur untuk diorang. Program ni sebenarnya lanjutan program minggu lepas. Program tersebut berkisar tentang Al-Aqsa dan Palestin.

Dalam program tersebut, (minggu lepas), diorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan nama kumpulan berkaitan Palestin seperti 'Al-Aqsa ka Makkah' dan sebagainya...


Setiap kumpulan diberi satu kad manila dan diminta melukis simbolik Palestin, Aqsa, boikot dan sebagainya.

Dan kelmarin, masing-masing diminta membentangkan hasil setiap kumpulan dan setiap seorang diberi saguhati sebagai penghargaan atas usaha diorang.



Menariknya, sebelum penyampaian saguhati, salah satu kumpulan dengan inisiatif mereka sendiri telah menayangkan video berkaitan kesengsaraan rakyat palestin. Video tersebut begitu manyayat hati sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka menangis teresak-esak.

Aku yang ketika itu memakai t-Shirt Liverpool dan lambang jenama Adidas tiba-tiba ditegur salah seorang kanak-kanak di situ.

'Adidas ni boikot ni', lebih kurang maksud kata2nya.

yang menegurku -
ketika main hari sebelum program/hari sama pergi beli seluar adidas ciplak

Aku yang termalu cepat-cepat menjawab, 'ni bukan asli, ni ciplak jer. Sama gak macam seluar ko semalam yang adidas tu'. Dia yang baru beli seluar jenama 'adidas mesir' semalam risau jika barang yang dibeli itu termasuk dalam barangan boikot.

Apa2pun aku begitu memuji pihak penganjur atas inisiatif program untuk kanak-kanak yang begitu bagus untuk memberi pendedahan awal kepada diorang.

Time program tu aku x sempat bawa kamera. So, xdapat la aku masukkan gambar time program tu....

Salam Mujahadah
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..