
Sekadar berkongsi satu pengalaman yang terjadi beberapa hari yang lepas. Kejadian berlaku ketika aku sedang menaiki lif sebuah bangunan kerajaan.
Ketika lif bergerak, bilangan kami hampir-hampir memenuhi ruang-ruang dalam lif. Antara yang bersama aku ketika itu ialah seorang pekerja bawahan di bangunan tersebut. Kemudian lif berhenti di salah satu aras. Pintu terbuka. Tiada yang keluar. Ada yang ingin masuk. Tapi tak dibenarkan kerana lif boleh dikatakan sudah penuh.

Lif bergerak ke aras seterusnya. Sekali lagi lif berhenti. Pintu terbuka. Tiada yang keluar. Ada yang ingin masuk. Seorang lelaki (mungkin berjawatan tinggi di bangunan tersebut) bersama seorang wanita masuk ke dalam lif. Tiada yang menghalang.
Lif tidak bergerak. Tanda lebih muatan. Lelaki 'berjawatan' tadi tanpa berfikir panjang, mengarahkan pekerja bawahan yang masuk sekali dengan aku dari tingkat bawah tadi supaya keluar.
Terpinga-pinga lelaki tadi. Belum sempat dia keluar, seorang lelaki lain yang juga pekerja di situ menawar diri untuk keluar.
Pintu lif tertutup. Lif terus bergerak.
The End
* fikirkan sendiri pangajaran yang korang boleh amik... sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh belajar dari apa yang kita lalui dalam kehidupan kita setiap hari...
*gambar tiada kaitan dengan cerita... [cuma aku minat Keluang Man]
Mulia kita kerana ISLAM...
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment