Tuesday, March 22, 2011

Satu Ketika Dulu... Ep 2


Assalamualaikum...

Saja nak kenang dan cerita kisah time sekolah rendah dulu...

Aku masa kecik2, tak dak la buas sangat (kata aku, orang lain aku tak tau). Tapi orang kata, biasa la budak-budak, bergaduh bertumbuk tu benda biasa. Dah jadi macam satu keperluan untuk membesar. Aku pulak bukan la selalu sangat bergaduh ni, tapi pernah la. Kadang menang. Kadang tereyak.

Cerita nombo satu...

Aku teringat ada sekali tu, aku dengan kawan aku tak puas hati dengan sorang budak kelas aku ni. Kawan aku gak. Pastu kami macam ugut nak tabuh dia kot (tak ingat sangat). Tiba-tiba aku diberitahu yang guru besaq nak jumpa aku dengan kawan aku.

Cilakak, dia ngadu dengan guru besaq pulak. Sebagai seorang budak, gelabah gak aku dengan kawan aku time tu. Macam-macam main dalam kepala.

Then, aku dapat satu idea. Elok sampai je time rehat, aku teruih ajak kawan aku ikut aku. Kami lari ke belakang sekolah. Naik satu tangga dan akhirnya jumpa apa yang aku cari. Agak-agak apa yang aku jumpa?

erm...aku jumpa sorang kawan aku. Tapi dia ni lagi junior la.. Terus aku tanya dia satu ayat. Dia pun bagi ayat tu. Aku hafal. Baca banyak-banyak kali. Then aku dengan kawan aku tadi terus pergi jumpa guru besaq tu.

inilah sekolah rendahku (tapi masa tu tidaklah segah ini)

Alhamdulillah...just kena ceramah je. Tak kena marah. Tak kena rotan atau pelempang...

Mesti ada beberapa persoalan kat minda hampa la ni...

...Apa ayat yang aku baca?
...Pasai apa yang aku cari junior tu? Mana aku tau dia ada 'ayat power' boleh buat bagi orang tak jadi marah?

Jawapan persoalan2 ni ada kat cerita nombot 2...

Cerita nombo dua...

Masa sekolah rendah dulu, aku dengan kawan-kawan suka main dalam surau sekolah. Bentuk surau yang memanjang memang sesuai untuk buat tempat main macam-macam permainan. Kat situ kami selalu main aci ligan (aci sembunyi tak boleh sebab tak dak tempat nak menyorok), bola sepak, polis tentri (aku sebut macam ni, aku tak tau hampa sebut macam mana tapi yang aku tau, tak dak yang sebut police and thief walaupun itu perkataan asalnya), zero point (game getah) dan macam-macam lagi, tambah-tambah permainan-permainan duduk macam tudung menet, batu sambut, tepuk kad dan lain-lain.

Disebabkan tempat kami main tu bukanlah tempat main, maka selalulah kami ni kena marah dengan cikgu. Tu pun tak pernah serik. Budak-budak kan...

Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA)

Satu hari tu, aku dengan kawan-kawan aku tengah seronok-seronok main (tak ingat main apa), tiba-tiba mai sorang cikgu panggil kami masuk bilik guru. Masa tu memang dah readykan diri untuk kena hukum la.. Sekali kena dengaq nasihat je. Macam tak boleh percaya.. Pastu sorang kawan aku mai kat aku. Dia kata, kita tak kena hukum sebab dia baca satu ayat tu. Dia kata kalau baca ayat tu boleh buat orang tak jadi marah kita (lebih kurang macam tu la kot)...

Dan kawan aku tu lah yang aku cari dalam cerita nombot 1.

Dan ayat itu ialah ayat Al-Quran. Hampa try cari ayat ni... Surah An-Naml, ayat 30.


[...aku tidak ada membuat sebarang rujukan semula untuk memastikan betul atau tidak penggunaan ayat tersebut mampu menyebabkan keadaan sedemikian. Tambahan pula, maklumat itu aku dapat dari seorang budak yang baru berumur 9-10 tahun. Tapi aku meyakini akan ayat-ayat suci Al-Quran dan aku yakin bahawa Allah SWT akan membantu apabila hambanya betul-betul mengharapkan kepadanya...]
__________________________________

* kadang-kadang, bila kenang kisah-kisah lama, dapat juga buat peringatan dan pedoman untuk melalui dan mangharungi kehidupan yang mendatang...

Salam Mujahadah,
Assalamualaikum...

3 comments:

  1. First baca aku ingat cerita budak nakai mana la.. rupa2nya cerita budak baik..

    ReplyDelete



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..