Tuesday, September 21, 2010

Balik Cuti Episod 1

Assalamualaikum wbt...

Tak sampai sebulan lagi, aku akan kembali terbang ke Mesir meneruskan perjuangan sebagai pelajar. Bila nak balik sana ni, teringat time kali pertama balik ke Malaysia, masa nak balik sana. Masa tu terjadi satu kisah yang memang aku tak boleh nak lupa. Aku pernah tulis dalam blog lama dulu. Kali ni aku copy paste balik cerita tu.

InsyaAllah, lepas pada ni baru aku cerita, apa yang berlaku untuk perjalanan balik cuti yang kedua dan ketiga. Setiap perjalanan ada kisah masing-masing.



[sebahagian dari entry tersebut...]

Menceritakan tentang tawakkal, aku teringat peristiwa ketika hendak berangkat pulang ke Mesir, dari percutian hampir 2 bulan di Malaysia, tahun lepas. Nak dijadikan cerita, aku telah didatangi ibu/bapa/kedua2nya kepada lebih kurang sepuluh individu yang belajar di Mesir. Tujuannya, pastilah kiriman barang. Aku pula tak mampu nak tolak walau satu permintaan melainkan yang terakhir datang kerana waktu tu dah packing semua benda.

Aku pulang ke Malaysia, hanya dengan sebuah beg besar. Aku kembali ke Mesir, dengan 2 buah beg besar, satu beg sederhana besar, dan 3 beg galas. Semuanya 6 beg dengan berat hampir 100kg.
Puas aku usaha mengurangkan berat [keluarkan barang2 aku], tapi tak memberi kesan yang besar. Kapasiti yang dibenarkan hanya 40kg untuk kabin.


Aku dah habis cara. Tak tahu nak buat apa. Siap mengadu pada sahabat2 yang bakal pulang ke Mesir dengan penerbangan sama [ada gak mengharap dihulurkan pertolongan]. Ketika inilah, hati aku tersentak apabila salah seorang sahabat mengingatkan aku supaya tawakkal je pada Allah SWT. Apa yang terlintas dalam mindaku ketika itu ialah, yang akan melepaskan aku naik flight tu nanti, bukanlah manusia yang menjaga itu, tapi Allah SWT. Jadi, aku tekad dengan berserah sepenuhnya pada Allah SWT [tapi tetap kena ada usaha, sebab itu adalah syarat].

Sampai di
airport, aku cuba banci ruang2 kosong yang ada pada mereka2 yang akan balik bersamaku. Majoritinya, membawa muatan 30 kg. Aku lega. Kalau buat grouping, insyaAllah, aku boleh lepas. Tup, tup, abang kat kaunter tu kata seorang hanya boleh bawa 30kg. Pulak dah.. Apa aku nak buat. Takkan nak bayar kot.

Lebih mengecutkan perut aku, seorang sahabat yang terlebih dahulu membuat urusan di kaunter tu, diminta membayar hampir RM1000 kerana melebihi had muatan. Seingat aku, dia membawa muatan dengan berat hanya 50kg.
[lebih 20kg = RM1000, kalau aku, lebih 40kg (70kg selepas tolak barang2 yang aku bakal bawa naik atas flight lebih kurang 25kg), maknanya RM2000] Mana aku nak cari duit? Masa tu, kat aku hanya ada +/- RM 200.

Tapi, aku terus menenangkan diriku. Aku ingatkan diriku bahawa yang akan tahan/lepaskan aku hanyalah Allah SWT. Bukan mereka2 yang hanya akan menjadi
musabbab (perantara). Aku dan 2 lagi sahabat, cuba memujuk abang di kaunter supaya dibenarkan membawa 40kg seorang. Abang tu tetap berkeras, sehinggalah datang seorang perempuan ‘india’, [rasanya berpangkat atas sikit], membenarkan setiap seorang dari kami membawa muatan seberat 40kg.


Alhamdulillah, aku akhirnya selamat sampai ke Mesir dengan semua barang2 aku dan barang2 kiriman. Syukur tak terhingga pada Allah SWT. Lihatlah, walaupun secara zahirnya, aku pasti ter’sangkut’ kat airport tu, tapi, Allah SWT Maha Berkuasa untuk mentakdirkan sesuatu.

Moga ada pengajaran dapat diambil dari pengalaman aku itu. Tapi tak payah la nak try. Takut-takut, hasilnya berbeza. Rezeki setiap orang tak sama kan. Maka usahalah supaya dapat memenuhi apa yang sepatutnya sahaja.

Dan selamat berusaha dan bertawakkal bagi yang akan atau sedang menghadapi peperiksaan...
______________________________
*gambar hiasan yang tiada kaitan dengan cerita.kepada yang taknak tengok sila pejamkan mata bila sampai ke bahagian gambar... =)

Salam Mujahadah
Assalamualaikum...

2 comments:

  1. OK la.. aku pejam mata.. ada cerita yg ko xnak dgr kot.. nanti aku hantar ke emel...

    ReplyDelete
  2. bila nak hantar..dah lama kau tunggu..!!!

    ReplyDelete



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..