Friday, December 30, 2011

Kau & Aku : Maafkan...?


E7em..e7em...

Awat..?



A..wat...? Hang eXam bila?

Esok... kenapa?

So, dok buat apa ni? Dah ready ka?

Oh...dok menulis, update blog.
Ready...? Erm...tak ready sangat (patut kat depan ni)

Habis, bleh membantu ka hang menulis ni..?



Mestilah...belatih nak menulis untuk jawapan esok kan...

Owh..ok, esok jawab guna keyboard ek? Bagus-bagus...

Hahahaha...chillex la bro...!

Erm...ikut hang la, kalau hang rasa hang tu memang 'genius'... 
Weyh, hang dok marah kat sapa sebenarnya...kebelakangan ni status hang nampak berapi2 ja.

Aik, hang pun nak tau jugak... Ramai gak orang dok tanya aku. Tak sangka, rupanya ramai jugak yang amik berat pasai aku.

Eh, ye ke... (tangan ke bahu...mata memandang ke atas)
Weyh, tok sah dok buat muka macam tu...kembang sangat hidung tu, tak smart langsung!
So...apa cer?

Ceita lama sebenarnya. Aku saja2 tulis status tu, supaya peristiwa sama tak berulang.

Peristiwa apa?

Aku malas la nak pikiaq...nak cerita detail2...
Tapi ringkasnya, aku penah kena tikam belakang. Pernah kawan yang aku percaya amik kesempatan atas kebaikan (bajet baik) aku di luar pengetahuan aku. Dan dia tak tahu yang aku tahu dia buat macam tuh.

So, hang buat apa kat dia.

Aku berdiam diri....PERANG DINGIN..!

So, hang langsung tak bercakap dengan dia?

Tak.

Takkan tak boleh nak maafkan langsung kot.

Dia tak pernah minta maaf.

Hang sendiri macam mana...marah lagi ka kat dia...lama dah kan...

Memang aku bukan jenis reti marah lama-lama...perbuatan dia tu, aku masih tak boleh nak terima, tapi dia secara individu, aku dah lama maafkan, aku harap dia dah tinggalkan perangai2 buruk tu. Tapi untuk aku layan dia macam dulu.....erm...susah kot.
Kalau hang kena macam aku...macam mana?

Kalau aku...aku akan buat tak tahu yang dia pernah buat macam tu kat aku. Aku akan maafkan dia dan jalani hubungan kami macam biasa.

Biaq betui...?

Betul la...

Takkan semudah tu... Boleh ka hang nak lupakan kesalahan dia tu. Dia khianati hang kot.


Entah la, kalau dulu-dulu mungkin aku pun susah nak maafkan jugak. Nak lupakan kesalahan-kesalahan besar macam tu...
Tapi, baru-baru ni aku bermimpi yang orang yang aku begitu sayang buat satu kesalahan yang begitu besar. Terlalu besar untuk aku ungkapkan kat sini. Lebih besar dari pengkhianatan. Lebih teruk dari tikam belakang dan amik kesempatan. Tapi dalam mimpi tu, aku terus sahaja dapat maafkan dia, dan terus berharap dia takkan ulanginya. Kerana aku tak sanggup kehilangannya dari hidupku. Dalam mimpi tu, aku punyalah gheyau...sampai akhirnya di bawa ke luar mimpi.
Bila saja aku bangun dari tidur, aku fikir, dan aku kata pada diriku bahawa aku akan buat perkara yang sama di alam realiti.
So, pada aku, kalau kesalahan sekadar pengkhianatan biasa seorang sahabat, masih boleh dimaafkan. Apalah sangat kesalahan itu, berbanding kehilangan seorang sahabat.

Awat hang baik sangat..? Macam mana aku nak jadi macam hang..?



Tapi kan, aku tetap dan lebih suka, kalau sahabat itu, datang mengakui kesilapan dia dengan aku. Tak perlulah nak tunggu aku aku dapat tahu terlebih dahulu, baru nak tergedik-gedik datang minta maaf kan...
Bukan aku tak boleh nak maafkan, tapi bukankah hubungan tu akan lebih manis sekiranya dia datang mengadapku dan mengakui kesalahannya itu..
Dan sebenarnya hang teramat-amat mampu untuk buat macam aku kerana....
kerana....

weyh...tak payah la nak buat suspen macam dalam filem pulak. sambung je la ayat tuh...

kerana...aku kan memang sebahagian daripada diri hang..!


.....erk..!

1 comment:

  1. Sapa amik kesempatan kat hang nI? Astaghfirullah..

    ReplyDelete



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..