Saturday, September 25, 2010

Balik Cuti Episod 2

Assalamualaikum wbt…

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas. Aku nak kongsi pengalaman aku ketika kali kedua pulang bercuti ke Malaysia.

Masih dengan tawakal yang tingi kepada Allah SWT. Selepas puas berusaha hubungi kawan-kawan yang barada berdekatan KLIA, akhirnya aku balik dengan kenyataan, takkan ada sesiapa yang akan mengambil aku. Aku perlu memperjudi sendiri nasib diriku. Ini semua kerana nak buat kejutan kat family.


Walaubagaimanapun, aku masih punya sedikit harapan, seorang kawan aku yang neneknya tinggal kat KL. Dia pun yang baru sampai dari Mesir, menetap seketika kat rumah neneknya. Tapi, memendangkan dia tiada lesen memandu untuk mengambil aku, jalan terbaik yang aku ada, ialah mengambil KL Express ke Bandar Tasik Selatan. Dia akan ambil aku di sana. Mungkin dengan bantuan sedara dia kot.

Namun cerita lain yang berlaku. Flight aku delayed. Aku sampai KLIA tengah malam. Tiada lagi kenderaan awam. Nak tunggu pagi esoknya, agak risau sebab masa tu tengah kemuncak kes H1N1. Kat airport pulak. Memang lubuk dia la. Nak contact dia pun, takut menyusahkan sebab dah tengah malam.


Dengan izin Allah, malam tu, seorang pelajar Al-Azhar yang sama-sama balik dengan aku, yang pernah aku kenal sebelum ni (tak la rapat mana pun, just pernah kenal), ajak aku ikut dia. Sepupu dia datang jemput. Maka malam itu, aku bermalam di rumah sepupunya. Alhamdulillah…

Esoknya semua berjalan lancar. Mereka menghantar aku ke Kl Sentral. Aku terus beli tiket kereta api KTM ke Alor Setar yang akan bergerak pada sebelah malamnya. Kemudian aku call kawan aku yang masih kat rumah neneknya untuk menemani aku mencari pekakas-pekakas komputer. Maka sepanjang hari tu, masa aku terisi sepenuhnya sebelum berangkat pulang pada malamnya.

Akhirnya aku selamat sampai ke rumah. Dan ‘mission accomplished’. Mak ayah aku memang terkejut. Ayah aku siap terkaku seketika apabila aku yang membukakan pintu ketika dia pulang dari membeli surat khabar pada pagi itu.

Ketika nak kembali ke Mesir, aku tidak lagi menerima kiriman-kiriman yang banyak macam kali pertama dulu. Kali ni, aku bajet cukup-cukup 40kg. Sebenarnya, ketika aku timbang di KLIA tertera 39.9kg. Pun begitu, aku tetap risau, takut-takut hanya dibenarkan 30kg.

Maka, bagi memastikan tiada masalah, aku pergi awal ke KLIA, dan menunggu awal di kaunter sehingga aku menjadi orang pertama dalam barisan. Dan Alhamdulillah, tiada masalah ‘lebih berat’ kali ni. Cuma terpaksa jugalah aku keluarkan kernih (kad pelajar) yang kebetulan aku bawa balik. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke Mesir untuk menduduki peperiksaan ulangan pada tahun itu. Dan Alhamdulillah, kini aku telah pun berjaya naik ke tahun 5. Cuma kerajinan aku tak naik-naik lagi. Tapi malas dah turun sikit.


Kali kedua balik ni, (tahun lepas), tiada masalah besar. Hanya hampir-hampir terpaksa tidur di KLIA dengan kebimbangan dijangkiti H1N1.

Tapi, kali ketiga balik, tahun ini, sekarang ni, ada satu lagi peristiwa besar yang benar-benar memberi pengajaran buat aku. Akan aku ceritakan dalam entry akan datang. Cuma, pesanan aku, janganlah cuba-cuba untuk bercakap bohong...
__________________________________

*ketika ini aku sedang berada di luar kedah, menziarahi sahabat-sahabat dan memenuhi undangan kenduri kahwin seorang sahabat
*gambar hiasan semata-mata

Salam Mujahadah
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..