Tuesday, December 14, 2010

Ujian...!!!

Assalamualaikum...

dalam kenangan (basikal)

Sebelumnya aku katakan bahawa aku akan kembali meng'update' blog usang ini...tapi sehebat mana pun kita merancang, Allah sebaik-baik perancang... Maka jangan lupa untuk mengembalikan segala perancangan kepada Allah SWT. Jangan lupa untuk sentiasa ucapkan insyaALLAH dalam perancangan atau plan kita.


Aku baru sahaja sembuh dari demam (yang mencuri masaku sehingga hampir 2 minggu) yang memaksaku mengharungi peperiksaan dalam ujian yang berat. Namun, ucapan Alhamdulillah atas nikmat sihat yang kembali (walaupun mungkin masih tersisa batuk-batuk kecil dan selsema) dan moga-moga dengan nikmat sihat yang ditarik sementara itu, turut sama tertarik dosa-dosaku. Moga, kembalinya kesihatan aku bermakna juga aku kembali kepada fitrah yang suci. Moga Allah mengampunkan segala dosaku dan Allah SWT membantu aku untuk terus kuat menjaga diriku dari terjerumus dalam maksiat dan dosa...!! Sama-sama kita doakan untuk diri kita...

sebelum diubah suai (warna asal basikal buruk kesayanganku)

Sebelum demam, aku juga diuji dengan suatu kehilangan. Tungganganku dipinjam orang tak dikenali untuk tempoh yang diketahui... Entah akan dipulangkan atau tidak (semestinya)... Moga aku masih ada jodoh dengan basikalku itu...

lagi gambar kenangan basikalku
__________________________________

Sedang mengatur rentak dalam mengharungi hidup sebagai pelajar perubatan... (dah tahun 5 masih tercari-cari rentak...hahaha)

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..