Sunday, January 09, 2011

Satu Ketika Dulu...


Aku & Mesin Padi


Assalamualaikum wbt...

Mengikut cerita umi, aku kecik2 dulu amat2 la takut dengan mesin padi. Aku dilahirkan di satu tempat yang namanya Tanjung Bendahara. Sebelah rumah aku adalah sawah padi yang damai ketika hijaunya dan tenang ketika kuningnya.


Makanya, selalu la mesin padi dok keluaq masuk kot kawasan rumah aku ni... Dan aku pun selalulah menangis meraung-raung setiap kali startnya enjin mesin padi tersebut. Maka umi pun setiap kali itulah mengeluarkan kaset2 (yang dah rosak kot..) bagi aku main nak bagi aku diam. Kadang2 jadi kadang2nya tidak.


Peristiwa aku 'gheyau' bila dengaq bunyi mesyin padi nilah satu2nya yang aku ingat pasai masa kecik (2-3 tahun cmtu kot) aku. Kalau umi tak cerita pun, aku tau benda ni penah jadi kat aku. Aku ingat lagi rasa tu. Cuma aku jadi lagi ingat bila umi cerita dan aku tengok gambaq aku dok main dengan kaset2 tu..
__________________________________


* umi kata - aku dulu suka mengajuk ayam kokok pagi2... bunyinya macam ni : ehek-ehek..!! (he untuk helang)..

ingat tak ayam ni...

Salam Mujahadah
Assalamualaikum...

1 comment:



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..