Friday, September 30, 2011

ManUSia vS mANusIA


Assalamualaikum...

...lama tak update...woha!.

...kali ni aku saja2 nak sentuh tentang satu perkara ya

ng kadang2 kita lupa, kita tak sedar, kita....erm.....bacalah...nanti korang akan paham sendiri.

...kita manusia...setiap hari kita hidup dan berhubung dengan manusia. masyarakat di sekeliling kita penuh dengan manusia. kita sebagai manusia kena belajar bagaimana untuk 'deal' dengan manusia.



...kita bukan berhubung dengan robot yang tidak berperasaan..tapi manusia yang ada jiwa dan kadang2 menghadapi tekanan2 hidup. dan kita juga bukannya robot. kena terima kenyataan yang kita memang ada perasaan.

...seni tu kita kena belajar dalam pelayaran kehidupan kita sehari-hari.

...kadang2 tanpa kita sedar kita tersepak, terpijak perasaan manusia lain. dan kadang2 perasaan kita yang disinggung dan diterajang.


...tapi kita kena sedar yang kita ni manusia. dan kita 'deal' dengan manusia. manusia bisa melakukan kesilapan dan kesalahan. itu lumrah. tambah2 bila dibebani dengan bebanan2 yang menambah rungsingkan jiwa dan perasaan.

...tekanan kadang2 membuatkan kita tergelincir dan terlari dari batasan yang sepatutnya. kita bukannya tak tahu apa yang kita buat itu salah...tapi namanya pun...'ter'...sesuatu yang tidak disengajakan.


...habis bagaimana?

...maka, kalau dah sedar diri kita buat kesilapan...cepat2 la minta maaf. sebaliknya kalau manusia lain yang buat silap dengan kita...tak perlu lah nak tunggu dia minta maaf untuk kita maafkan dia. cepat2lah kita maafkan dia.

...kita kena jadi yang terbaik pada posisi kita. jangan mengharapkan manusia sekian sepatutnya buat begini...dan sekian sepatutnya buat begitu. sebaliknya, kita yang buat apa yang terbaik untuk menjernihkan semula keadaan yang keruh.

...cubalah berlapang dada. ingatkan diri kita yang dia juga manusia macam kita. kali ni dia TERbuat silap. lepas2 ni, mungkin dia TERbuat silap lagi...dan lagi... dan kita pun takkan boleh lari untuk juga TERbuat silap macam dia. kita kan manusia. terima kenyataan yang kita bukannya......erm... apa2 lah! kehidupan kan manusia kata seperti roda. kadang kita kat atas. kadang2 kat bawah. kadang tersangkut kat rim. kadang2 terpelanting kat 'mak guard'.

...sudah lumrah, dalam kehidupan ada asam garamnya.ada plot ceritanya.ada konfliknya.ada naik turunnya.dan...pandai2 la korang pikiaq dan tambah sendiri.

...moga masing2 dapat muhasabah diri masing2...dan amik keputusan terbaik untuk langkahan seterusnya.

___________________________________

*bila kita berada dalam zone eXam ni, memang kita lebih mudah tertekan dan lebih mudah buat silap dan lebih mudah terasa hati. itu tanda kita ni manusia.
*aku tulis benda2 ni bukan bermakna aku dah pandai gila nak kontrol benda2 ni. aku juga manusia. kadang2 walaupun dah tahu semua2 ni, tetap juga terbuat kesilapan yang sama. sebab aku juga manusia.
*so...sama kita muhasabah dan saling ingat mengingatkan.
*doakan kami yang nak eXam.
*ada sapa2 nak sponsor aku tiket nak balik Malaysia selama seminggu awal oktober ni?
*akhirnya....berjaya gak aku update blog usang ni...woha!!. =)

Salam Mujahadah
Assalamualaikum!!!

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..