Thursday, February 17, 2011

Fight Back

Assalamualaikum...

Semalam aku sempat menonton pertembungan antara Barcelona and Barcelona-like team (Arsenal). Aku sememangnya mengakui Barcelona pasukan yang lebih baik, tetapi aku amat-amat inginkan Arsenal menang. Walaupun baru 1st leg, tapi kemenangan Arsenal tetap cukup menggembirakan. Ligan balik lepas kena tinggi 0-1.

Nampak macam nak kalah dah... Tapi, gol cantik Van persie


dan kombinasi mantap Samir Nasri dan Arshavin yang menghasilkan gol kedua....



akhirnya membantu The Gunners untuk fight back...


Buat ustaz Fuad, Yan the Legend, Jundi Messi and the other Barca fans, aku tau korang tak sabar nak tunggu 2nd leg kat Nou Camp kan... Jumpa kat sana nanti...
________________________________

*aku masih kat Mesir...cerita lanjut dan gambar-gambar sekitar Liberation Sq pasca kejatuhan Mubarak...lepas ni insyaAllah kalau diberi kesempatan...

*doakan aku kat sini...

Salam Mujahadah
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..