Friday, May 06, 2011

Dakwah : Wajb?

Assalamualaikum...


Dakwah... Istilah yang selalu dikaitkan dengan golongan tertentu sahaja...

"Aku tak cukup baik nak dakwah-dakwah ni..."

"Aku sendiri malas nak buat, nak suruh orang lain pulak..."

"Biar ustaz-ustaz je la buat keje-keje ni..."

...dan banyak lagi alasan yang biasa kita guna atau dengar...



Maka di sini ingin dijelaskan bahawa dakwah itu adalah suatu kewajipan atas setiap orang Islam. Tak terlepas walau seorang pun dari kalangan kita akan kewajipan ini dalam keadaan/situasi yang sedang kita (umat Islam) harungi hari ini.

Malah, dakwah merupakan suatu tuntutan yang amat-amat mendesak (dhoruri) atas setiap yang mengakui dirinya seorang Islam. Setiap kita mesti melaksanakannya atas kemampuan masing-masing berdasarkan situasi, keupayaan, masa, tenaga dan sebagainya.

Yang penting, ada usaha melaksanakannya seperti mana kita meyakini kewajipan solat. Sehinggakan apabila kita tidak melaksanakan dakwah, perasaanya seperti kita meninggalkan solat fardhu.



Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah : 71...

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Firman Allah SWT lagi dalam surah Ali-Imran : 110...

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).."

Dan ayat di atas ditujukan kepada semua umat nabi Muhammad SAW, tanpa mengambil kira latar belakang, warna kulit, bangsa mahupun sempadan negara.


Antara lainnya, Allah SWT berfirman dalam surah yang kita semua ingat, hafal dan selalu kita ulang-ulang dalam solat kita, surah Al-'Asr : 1-3...

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (3)"

Berdasarkan ayat di atas, dijelaskan bahawa semua manusia sebenarnya berada di dalam kerugian, melainkan golongan manusia yang melaksanakan 4 perkara :

1. Beriman kepada Allah SWT
2. Berbuat amal soleh
3. Berpesan-pesan dengan kebenaran
4. Berpesan-pesan dengan kesabaran

Dan banyak lagi kalam-kalam Allah yang menekankan akan kewajipan berdakwah.


Dalam banyak-banyak hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan dakwah, ingin dibawakan di sini satu hadis yang sudah amat popular.

Abu Said al-Khudri menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ.

Ertinya: “Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah), maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman”. Hadis riwayat Muslim.


Lafaz مَنْ dalam hadis di atas menunjukkan penyataan umum yang ditujukan kepada sesiapa sahaja yang membawa maksud semua. Malah, berdasarkan hadis di atas, kita wajib untuk mengubah, berdakwah walau bagaimanapun situasi kita. Kita perlu juga untuk melaksanakan dakwah berdasarkan kemampuan kita walau hanya dengan hati seperti membenci maksiat yang dilakukan, mendoakan dan sebagainya...
_____________________________________

* ana tertarik dengan satu artikel yang ana baca berkaitan dengan dakwah, boleh klik sini untuk membacanya...

Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...


No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..