Assalamualaikum...

Kebelakangan ini, Mansurah agak tegang dengan pertembungan-pertembungan dan perseteruan antara banyak gang. Melihat kepada situasi semasa, kelihatannya keadaan ini akan berpanjangan untuk satu tempoh yang agak lama.
Ketika mana bahang (yang menutupi rasa sejuk) bola tampar sampai ke kemuncaknya malam ini, semalam telah tercetus satu bahang panas baru dari sebelah gelanggang bola tampar apabila Mansoura Premier League (MPL) telah disepak mulakan. Ketegangan akan semakin membara apabila Conventional Cup (futsal) juga akan dirasmikan sepak mulanya esok (isnin). Dalam masa yang sama, bola keranjang turut dipertandingkan secara liga mingguan di samping rugby yang kembali aktif dengan perlawanan-perlawanan persahabatan.

Kelihatannya seperti tahun ini sukan telah diperkasakan malah nampak macam overdoSe. Macam terlebih. Macam......macam.
Pandangan peribadi - sukan dan riadhah ni sememangnya bagus. Malah kalau pandai jaga, pandai kontrol, bagus sangat-sangat. Banyak faedah boleh dapat. Dari segala segi, sudut dan aspek. Tapi, kalau berlebih-lebihan, takut-takut tujuan utama terabai. Yang priority dah dibelakangkan. Yang penting terabai. Sehingga akhirnya kita tak ke mana.
Aku bukan tak suka sukan banyak-banyak ni. Aku pun orang (suka) sukan. Selalu je turun main. Macam-macam sukan gak aku main. Dari yang pandai sampailah yang aku tak reti nak main. Semua aku bantai.
Cuma macam aku sebut, yang penting pandai kontrol. Jaga molek perkara yang lebih penting. Jaga molek hubungan dengan Allah dan hak-hakNYA yang perlu kita jaga. Jaga molek tujuan besar kita. Jaga molek tujuan kita datang Mesir. Jaga molek hak-hak kawan serumah. Jaga molek kesihatan diri (yang sepatutnya kita dapat dari sukan, tapi jadi sebaliknya bila berlebihan). Jaga molek perkara-perkara lain yang perlu dijaga...
Maka bersukanlah semolek-moleknya. Jangan overdoSe dan jangan overdoSa. Jaga etika sebagai ahli sukan biar selaras dengan yang Allah suruh...!!!
exam pun nak dekat dah....pakat-pakat kita start study betui-betui la no...!!
Salam Mujahadah,
Salam Riadhah,
Assalamualaikum wbt...
pakat2 la kita no..!!
ReplyDeletehmm...bila nak 'sepakat' pun tak tau...study asing2...bila nak skalinya...selamat ber'exam'...
ReplyDelete