Friday, April 23, 2010

Fajar-Riadhah-Study

Assalamualaikum...

Berjalan menikmati suasana pagi selepas solat subuh memang menenangkan dan mengasyikkan. Suasana yang mendamaikan itu membuatkan aku rindu dan ingin sekali untuk menikmatinya setiap hari. Aku ingin sekali menikmatinya sepanjang hari ni... Tapi, suatu sunnatullah, setiap yang baik dan cantik itu takkan selamanya indah. Tapi bukanlah bermakna yang cantik itu tidak akan datang kembali. Setiap perkara itu ada silih gantinya.

Aku harap esok dan esoknya dan esoknya dan seterusnya, aku terus diberi nikmat suasana pagi yang indah untuk aku tadabbur dan mengatur susun perjalanan hari-hari ku.

Hari ni (jumaat), seperti minggu-minggu sebelumnya, aku akan beriadhah. Biasanya time-time ni kami bersenam (physical fitness), pastu pukul 10pagi main futsal. Tapi hari ni, tak dapat nak bersenam sebab ada janji nak tolong kawan bungkus nasi lemak. Dia dapat tempahan untuk hari ni. Tapi pukul 10 nanti, tetap nak main futsal habis-habisan.

Kepada yang tak diajak, maaf sangat-sangat, sebab minggu ni bagi peluang orang lain pulak main. Jadi tiap2 minggu orang-orang lain yang main. Aku jer setiap minggu main. hahahaa (gelak jahat - tapi masih ter'control')...

Kepada yang amik berat kesihatan aku (tu pun kalau ada...- dengan penuh perasan), tak perlu risau... aku memang main sungguh-sungguh pun, aku akan cuba jaga kesihatan aku sebaiknya. Tambah2 dekat2 exam ni. Tapi kalau benda nak jadi, nak wat camna. Aku sendiri, aku akan cuba jaga dan buat yang terbaik...

Yang penting sekarang, aku perlu kekuatan yang sama untuk study. So, kalau ambil berat pasal aku (sekali lagi perasan), selalu-selalu la pesan suruh study. Tapi jangan pesan suruh tinggal main bola... Yang tu susah...

Akhir kalam untuk entry ni, pakat-pakat pulun belaka untuk exam nanti, sama-sama kita doakan untuk kejayaan bersama...


Salam Mujahadah
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..