Friday, December 30, 2011

Kau & Aku : Maafkan...?


E7em..e7em...

Awat..?



A..wat...? Hang eXam bila?

Esok... kenapa?

So, dok buat apa ni? Dah ready ka?

Oh...dok menulis, update blog.
Ready...? Erm...tak ready sangat (patut kat depan ni)

Habis, bleh membantu ka hang menulis ni..?



Mestilah...belatih nak menulis untuk jawapan esok kan...

Owh..ok, esok jawab guna keyboard ek? Bagus-bagus...

Hahahaha...chillex la bro...!

Erm...ikut hang la, kalau hang rasa hang tu memang 'genius'... 
Weyh, hang dok marah kat sapa sebenarnya...kebelakangan ni status hang nampak berapi2 ja.

Aik, hang pun nak tau jugak... Ramai gak orang dok tanya aku. Tak sangka, rupanya ramai jugak yang amik berat pasai aku.

Eh, ye ke... (tangan ke bahu...mata memandang ke atas)
Weyh, tok sah dok buat muka macam tu...kembang sangat hidung tu, tak smart langsung!
So...apa cer?

Ceita lama sebenarnya. Aku saja2 tulis status tu, supaya peristiwa sama tak berulang.

Peristiwa apa?

Aku malas la nak pikiaq...nak cerita detail2...
Tapi ringkasnya, aku penah kena tikam belakang. Pernah kawan yang aku percaya amik kesempatan atas kebaikan (bajet baik) aku di luar pengetahuan aku. Dan dia tak tahu yang aku tahu dia buat macam tuh.

So, hang buat apa kat dia.

Aku berdiam diri....PERANG DINGIN..!

So, hang langsung tak bercakap dengan dia?

Tak.

Takkan tak boleh nak maafkan langsung kot.

Dia tak pernah minta maaf.

Hang sendiri macam mana...marah lagi ka kat dia...lama dah kan...

Memang aku bukan jenis reti marah lama-lama...perbuatan dia tu, aku masih tak boleh nak terima, tapi dia secara individu, aku dah lama maafkan, aku harap dia dah tinggalkan perangai2 buruk tu. Tapi untuk aku layan dia macam dulu.....erm...susah kot.
Kalau hang kena macam aku...macam mana?

Kalau aku...aku akan buat tak tahu yang dia pernah buat macam tu kat aku. Aku akan maafkan dia dan jalani hubungan kami macam biasa.

Biaq betui...?

Betul la...

Takkan semudah tu... Boleh ka hang nak lupakan kesalahan dia tu. Dia khianati hang kot.


Entah la, kalau dulu-dulu mungkin aku pun susah nak maafkan jugak. Nak lupakan kesalahan-kesalahan besar macam tu...
Tapi, baru-baru ni aku bermimpi yang orang yang aku begitu sayang buat satu kesalahan yang begitu besar. Terlalu besar untuk aku ungkapkan kat sini. Lebih besar dari pengkhianatan. Lebih teruk dari tikam belakang dan amik kesempatan. Tapi dalam mimpi tu, aku terus sahaja dapat maafkan dia, dan terus berharap dia takkan ulanginya. Kerana aku tak sanggup kehilangannya dari hidupku. Dalam mimpi tu, aku punyalah gheyau...sampai akhirnya di bawa ke luar mimpi.
Bila saja aku bangun dari tidur, aku fikir, dan aku kata pada diriku bahawa aku akan buat perkara yang sama di alam realiti.
So, pada aku, kalau kesalahan sekadar pengkhianatan biasa seorang sahabat, masih boleh dimaafkan. Apalah sangat kesalahan itu, berbanding kehilangan seorang sahabat.

Awat hang baik sangat..? Macam mana aku nak jadi macam hang..?



Tapi kan, aku tetap dan lebih suka, kalau sahabat itu, datang mengakui kesilapan dia dengan aku. Tak perlulah nak tunggu aku aku dapat tahu terlebih dahulu, baru nak tergedik-gedik datang minta maaf kan...
Bukan aku tak boleh nak maafkan, tapi bukankah hubungan tu akan lebih manis sekiranya dia datang mengadapku dan mengakui kesalahannya itu..
Dan sebenarnya hang teramat-amat mampu untuk buat macam aku kerana....
kerana....

weyh...tak payah la nak buat suspen macam dalam filem pulak. sambung je la ayat tuh...

kerana...aku kan memang sebahagian daripada diri hang..!


.....erk..!

[+/-] Terus Baca...

Wednesday, December 21, 2011

Kau & Aku : Tegur - Ego


Lama hang tak update blog ni, pasai pa yang hari ni tiba-tiba semangat nak menulis ni?

Tu la...idea selalu ja mai. Macam-macam aku nak tulis sebenaqnya, tapi malas. Menulis ni pun sebab aku tak tau nak buat menatang apa pagi-pagi ni. Tambah ada idea pulak. Jadi, aku goreng la.

Hang nak tulis pasai apa?

Pasai tegoq dan nasihat. Pasai awat aku kadang-kadang payah nak terima bila orang tegoq. 
Aku nak cakap luaq boleh?


Ikut hang la. Hang punya blog, awat nak tanya aku pulak.

Hahaaha..ok2. 
Selalunya apabila ditegur apa yang kita rasa. Apa yang kita fikir? Aku bagi contoh-contoh teguran. Cuba bayang apa yang difikir apabila kita ditegur dau dinasihat sebegini.

1. Kau ni selalu je kat depan komputer, tak ada aktiviti lain ke nak buat?
2. Dah azan tu, jom pegi masjid
3. Dah baca Al-Quran hari ni?
4. Kita ni, dari sekarang la kena asuh diri kita supaya ringan tangan nak hulur-hulurkan bantuan.
dan sebagainya.

Ha, apa hang pikiaq kalau ada sebut benda-benda ni kat hang?

Erm...aku kata dalam hati : aku tau la...hang xyah nak habaq pun aku tau benda-benda tu. hang ingat aku tak buat ka? macam la aku tak buat. takkan la nak buat baik nak kena tunjuk depan hang kot. hang ingat hang baguih sangat!

Ye ke... Same le macam kiter....
Tengok...hang perasan dak pasai pa yang terpikiaq macam tu?

Entah...tapi bila aku bayang tadi, lebih kurang macam tu la reaksi aku.


Pendapat aku, aku rasa kita fikir macam tu sebab kita rasa kita dah cukup bagus. 


Maksud hang?

Macam ni, tak kisah la kita teguran atau nasihat tu kena atau tak kat kita. Kita patut dengar dan fikir betul-betul bila orang tegur. Kita jangan nak fikir apa yang kawan kita tu fikir. Kita jangan buat sangkaan yang dia tegur tu sebab dia nak tunjuk dia bagus.
Biarlah macam mana pun dia tegur, yang penting kita. Reaksi kita. Kalau kita dah bagus, baik, dan apa segala yang dia suruh buat, kita memang dok buat, apa segala yang dia larang, memang kita tak pernah buat sekalipun, kita dengar dan terima nasihat dia.
Yang penting kita jangan dok fikir yang dia ingat kita tak buat, dia tegur ni sebab dia fikir kita ni jahat atau sebagainya. Kita jangan dok buat sangkaan pada niat dia menegur. Kita ambik teguran tu untuk kebaikan kita.

Serabut la..tak paham la hang dok cerita menatang apa...

Tak faham? 
Ok macam ni..aku bagi satu contoh.


Katakan la hang ni kuat bersedekah. Hang kalau jalan mana-mana, kalau nampak ada orang susah yang meminta-minta, hang memang akan bagi walaupun hanya sikit. Satu hari tu, kita jalan dua orang. Hang langsung tak bawak duit. Selai sepinggang ja. Pastu kita jumpa dengan seorang mak cik dok mintak duit. Aku pun teruih bawak keluaq seringgit bagi kat makcik tu. Pastu aku kata kat hang;

"kita kena biasakan diri kita untuk senang menghulurkan sedekah ni"

Masa tu reaksi hang macam mana?

Sama macam yang aku sebut sebelum ni.

Tengok...sepatutnya, walaupun kita memang selalu buat satu-satu amalan tu, bila orang suruh kita buat, kita kena anggap tu sebagai peringatan. Jangan kita anggap yang dia perli kita. Kita tak payah fikir la apa yang dia fikir masa dia tegur kita tu. Kita just terima je teguran dia. Muhasabah dan amik pengajaran.

Ok...aku faham sekarang, tapi aku rasa ego aku kadang-kadang tak boleh nak terima.

Memang...kalau kita biar ego kita menguasai kita, memang kita tak boleh nak terima nasihat orang. Silap-silap haribulan, setiap kali hang jalan dengan aku, kalau ada orang mintak sedekah, hang memang takkan bagi walaupun hang ada duit sebab ego, sebab hang tak mau aku ingat hang bagi sebab dengaq nasihat aku...BESAQ masalah kalau kita tak lawan ego ni.

Erm...betui gak. Aku pun rasa macam tu.
Hang nak dekat eXam dah kan...tak rasa nak p study ka? Asyik dok ngadap komputer ja.

Awat, hang ingat....

Op...op...op...stop!. Terima je la...

...

[+/-] Terus Baca...

Friday, September 30, 2011

ManUSia vS mANusIA


Assalamualaikum...

...lama tak update...woha!.

...kali ni aku saja2 nak sentuh tentang satu perkara ya

ng kadang2 kita lupa, kita tak sedar, kita....erm.....bacalah...nanti korang akan paham sendiri.

...kita manusia...setiap hari kita hidup dan berhubung dengan manusia. masyarakat di sekeliling kita penuh dengan manusia. kita sebagai manusia kena belajar bagaimana untuk 'deal' dengan manusia.



...kita bukan berhubung dengan robot yang tidak berperasaan..tapi manusia yang ada jiwa dan kadang2 menghadapi tekanan2 hidup. dan kita juga bukannya robot. kena terima kenyataan yang kita memang ada perasaan.

...seni tu kita kena belajar dalam pelayaran kehidupan kita sehari-hari.

...kadang2 tanpa kita sedar kita tersepak, terpijak perasaan manusia lain. dan kadang2 perasaan kita yang disinggung dan diterajang.


...tapi kita kena sedar yang kita ni manusia. dan kita 'deal' dengan manusia. manusia bisa melakukan kesilapan dan kesalahan. itu lumrah. tambah2 bila dibebani dengan bebanan2 yang menambah rungsingkan jiwa dan perasaan.

...tekanan kadang2 membuatkan kita tergelincir dan terlari dari batasan yang sepatutnya. kita bukannya tak tahu apa yang kita buat itu salah...tapi namanya pun...'ter'...sesuatu yang tidak disengajakan.


...habis bagaimana?

...maka, kalau dah sedar diri kita buat kesilapan...cepat2 la minta maaf. sebaliknya kalau manusia lain yang buat silap dengan kita...tak perlu lah nak tunggu dia minta maaf untuk kita maafkan dia. cepat2lah kita maafkan dia.

...kita kena jadi yang terbaik pada posisi kita. jangan mengharapkan manusia sekian sepatutnya buat begini...dan sekian sepatutnya buat begitu. sebaliknya, kita yang buat apa yang terbaik untuk menjernihkan semula keadaan yang keruh.

...cubalah berlapang dada. ingatkan diri kita yang dia juga manusia macam kita. kali ni dia TERbuat silap. lepas2 ni, mungkin dia TERbuat silap lagi...dan lagi... dan kita pun takkan boleh lari untuk juga TERbuat silap macam dia. kita kan manusia. terima kenyataan yang kita bukannya......erm... apa2 lah! kehidupan kan manusia kata seperti roda. kadang kita kat atas. kadang2 kat bawah. kadang tersangkut kat rim. kadang2 terpelanting kat 'mak guard'.

...sudah lumrah, dalam kehidupan ada asam garamnya.ada plot ceritanya.ada konfliknya.ada naik turunnya.dan...pandai2 la korang pikiaq dan tambah sendiri.

...moga masing2 dapat muhasabah diri masing2...dan amik keputusan terbaik untuk langkahan seterusnya.

___________________________________

*bila kita berada dalam zone eXam ni, memang kita lebih mudah tertekan dan lebih mudah buat silap dan lebih mudah terasa hati. itu tanda kita ni manusia.
*aku tulis benda2 ni bukan bermakna aku dah pandai gila nak kontrol benda2 ni. aku juga manusia. kadang2 walaupun dah tahu semua2 ni, tetap juga terbuat kesilapan yang sama. sebab aku juga manusia.
*so...sama kita muhasabah dan saling ingat mengingatkan.
*doakan kami yang nak eXam.
*ada sapa2 nak sponsor aku tiket nak balik Malaysia selama seminggu awal oktober ni?
*akhirnya....berjaya gak aku update blog usang ni...woha!!. =)

Salam Mujahadah
Assalamualaikum!!!

[+/-] Terus Baca...



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..