Friday, September 11, 2009

TAKUTKAN ALLAH

Baru-baru ni, aku sempat meluangkan masa ke ceramah perdana yang disampaikan ustaz Hairul Nizam di Bujang Senang [dewan bagi pelajar2 medik di mansurah]. Dalam ceramahnya, banyak kisah2 dan cerita2 menarik yang disampaikan. Antaranya satu cerita yang pernah aku post dalam blog yang terdahulu, cuma versinya berbeza [ada sedikit perbezaan dari segi detail cerita]. Dan aku terasa ingin berkongsi sekali lagi cerita tersebut... Bolehlah membacanya hingga habis... [bukan panjang sangat pun].

Ada seorang pemuda yang kerjanya menjual kain. Setiap hari dia memikul kain2 dagangannya & berkeliling dari rumah ke rumah. Kain dagangan pemuda ini dikenali dgn nama FARAQNA. Walaupun pekerjaannya sebagai pedagang, tapi pemuda ini sgt tampan dan bertubuh tegap. Setiap org yg melihat pasti menyenanginya.

Pada suatu hari, saat dia berkeliling melewati jln2 besar, lorong2 kecil dan rmh2 penduduk sambil berteriak menawarkan dagangannya, Faraqna! Faraqna! Tiba2 ada seorang wanita yg melihatnya. Wanita itu memanggilnya. Dia dipersilakan masuk ke dalam rumahnya. Wanita itu terpesona dengan ketampanannya. Maka tumbuhlah rasa cinta dalam hatinya. Wanita itu berkata, aku memanggilmu bkn utk membeli daganganmu, tapi kerana kecintaanku padamu. Dan di rumah ini kosong sekarang.


Selanjutnya, wanita itu memujuknya dan merayunya agar membuat sesuatu dengan dirinya. Pemuda itu menolak dan mengingatkan wanita itu akan ALLAH SWT dan azabNYA. Tapi nasihatnya tidak membuahkan apa2 hasil. Malah wanita itu makin berhasrat.


Akhirnya, kerana pemuda itu menolak, wanita itu mengancam akan berteriak pada semua orang bahawa pemuda tersebut memasuki rumahnya dan cuba meragut kesuciannya, jika pemuda itu enggan.

Setelah pemuda itu melihat betapa wanita tersebut terlalu memaksa utk mengikuti keinginannya, akhirnya dia berkata, baiklah, tapi izinkan aku membersihkan diriku terlebih dahulu.

Wanita itu begitu gembira mendengar jawapan pemuda itu, lalu berkata, bagaimana tidak wahai kekasih dan buah hatiku, itu adalah idea yang baik.

Maka masuklah pemuda itu ke kamar mandi, sementara tubuhnya gementar kerana takut dirinya terjerumus ke lembah maksiat. Sebab, wanita itu adalah perangkap syaitan dan tidak ada seorang lelaki pun bersendirian bersama seorang wanita, kecuali bersama mereka syaitan.
Ya ALLAH, apa yang harus aku buat? Berilah aku petunjukMU, wahai ZAT Yang Maha Memberi Petunjuk.

"Aku tahu, bahawa termasuk dalam golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH dalam naunganNYA di akhirat kelak adalah lelaki yang apabila diajak berbuat dosa oleh wanita yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan wajah yang cantik, kemudian dia berkata, : Aku takut kepada ALLAH. Dan aku yakin bahawa orang yang meninggalkan maksiat kerana takut kepadaNYA pasti akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik. Dan seringkali satu keinginan syahwat itu merupakan penyesalan seumur hidup. Apa yang akan aku dapat dari maksiat ini selain ALLAH akan mengangkat cahaya dan nikmatNYA, iman, dari hatiku. Tidak, tidak! Aku tidak akan mengerjakan perbuatan yang haram. Tapi apa harus aku lakukan? Apakah harus aku lompat dari jendela in? Tidak mungkin. Jendela ini tertutup rapat dan sukar dibuka. Jika begitu aku terpaksa buat begini."

Maka dia pun melumurkan tubuhnya dengan kotoran yang ada di situ, dengan harapan wanita itu akan jijik melihatnya nanti dan membiarkan dia pergi dari situ.

Setelah itu, dia menangis dan berkata,Ya Rabbi, wahai tuhanku, perasaan takut kepadaMU telah mendorongku berbuat begini. Maka kurniakanlah untukku kebaikan sebagai gantinya. Kemudian di keluar dari kamar mandi.

Terkejut melihat pemuda tersebut, wanita itu berteriak, keluar kau hai orang gila! Dia pun bergegas keluar dengan perasaan takut diketahui orang. Kerana jika diketahui orang, pasti dia akan dikata macam2. Dia mengambil brg dagangannya dan berlalu. Orang2 yang melihatnya mentertawakannya. Akhirnya dia tiba di rumah dan berasa lega. Lalu dia menanggalkan pakaiannya dan memasuki kamar mandi utk membersihkan diri.

Betapa Maha Tinggi ALLAH SWT. Sebaik pemuda itu keluar dari kamar mandinya, dia telah dianugerah dengan satu kurnia yang besar, dan tetap melekat pada dirinya hingga dia meninggal dunia. Bahkan setelah dia meninggal dunia.

ALLAH SWT telah menganugerahkannya aroma yang harum semerbak yang tercium dari tubuhnya. Semua orang dapat mencium haruman itu dari jarak beberapa meter. Hingga akhirnya dia mendapat gelaran AL-MISKI.

SUBHANALLAH. ALLAH SWT telah memberinya sebagai ganti dari kotoran yang dapat hilang dalam sekejap dengan aroma wangi yang kekal padanya dan tercium sepanjang masa. MAHA SUCI ALLAH!!!

Moga mendapat pengajaran daripada kisah tersebut...

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..