Saturday, September 05, 2009

Mesir & Malaysia [part 1]

RAMADHAN DI MESIR

Situasi 1

Belum pun lagi masuk ramadhan, sana-sini dah mula meriah dengan fanous, poster-poster yang digantung dan dipelekat di merata tempat, di tambah pula dengan lampu lip-lap. Segalanya begitu meriah. [Macam pilihan raya di Malaysia, cuma poster-posternya tidak berwajah]

fanous

Situasi 2

Masjid-masjid di malam pertama tarawih semuanya padat. Esoknya, di waktu subuh, masjid terus penuh. Langsung berbeza dengan hari-hari di bulan lain yang biasanya jemaah dalam 2 saf sahaja. Tapi, ketika ramadhan, sekiranya kita terlewat ke masjid untuk solat fajar, ada kemungkinan kita perlu beralih ke masjid-masjid lain yang lebih besar. Dan segalanya berterusan sehingga ke akhir ramadhan walaupun jumlah jemaah tidak seramai di hari-hari pertama ramadhan.

Situasi 3

Suatu hari, aku keluar untuk menyelesaikan beberapa perkara yang melibatkan muamalah dengan orang arab. Setiba di pejabatnya, kelihatan dia sedang khusyu3 membaca Al-quran. Apabila dia sedar kehadiran aku, dia segera mengabiskan ayat terakhir, dan melayan aku. Selesai di situ, aku bergerak ke pejabat yang lain untuk urusan seterusnya. Di sana, aku dapat melihat benda yang sama. Pekerja tersebut juga sedang khusyu3 membaca Al-Quran.



Malah di mana-mana, kita mudah untuk bertemu dengan orang yang sedang membaca Al-Quran. Terutama sekali di masjid selepas selesai satu-satu solat fardhu. Kita akan lihat betapa ramai orang yang terus duduk (i'tikaf) dan membaca Al-Quran.



Situasi 4

Bulan ramadhan juga menyaksikan peminta-peminta sedekah bertambah berbanding hari-hari biasa. Secara tak langsung menambah peluang untuk kita bersedekah. Walaupun kekadang tertanya-tanya dari mana diorang datang...



Dan banyak lagi perkara-perkara yang hanya dapat dilihat di bulan ramadhan...

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..