Sunday, October 18, 2009

Matlamatnya...

Apa Tujuannya?

"Ko nak pegi wekalah? Nak watpe?"

"Apsal ko selalu sangat main bola, tak bosan ka?"

"Nape korang amik medik kat Mesir, nape tak kat eropah? Sana kan lagi best?"

Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang bertanyakan tujuan sesuatu perkara dibuat. Dan pastinya setiap perbuatan kita ada tujuan dan matlamatnya. Suatu perbuatan yang dibuat tanpa tujuan hanya akan mendatangkan penat dan membuang masa.

Tanpa Matlamat

Situasi 1

Suatu pagi yang hening dan indah, Bassam (bukan nama sebenar) melangkahkan kakinya dengan bergaya ke simpang empat Syaima' untuk mengambil teksi ke stesen bas Dauli. Dari stesen bas, dia menaiki bas ke Kaherah dan mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke destinasi kerana jalan agak sesak pagi tu di bandaraya Kaherah.

Sebaik sampai ke Kaherah, dia terus ke kaunter tiket, membeli tiket ke Mansurah. Tanpa perlu menunggu lama, dia terus naik bas sama yang dinaikinya untuk ke Kaherah. Selepas kira-kira suku jam di atas bas, bas akhirnya bergerak laju ke Mansurah. Dan dia sampai di Mansurah kira-kira jam 2 petang.

Dia kemudiannya terus pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan simpang empat Syaima'. Di rumah dia solat zohor dan tidur sebentar untuk mehilangkan letih.

Apabila ditanya kenapa ke Kaherah dan kemudian balik semula ke Mansurah, Bassam hanya tersenyum.

Kalau dia bertujuan untuk memeriksa masa yang diambil untuk ke Kaherah dari Mansurah, perjalanan dia tidaklah sia-sia. Dan keletihannya pastilah membawa hasil. Tapi kalau perjalanan itu tiada langsung tujuannya, pastinyalah perbuatannya itu hanya membuang masa, sia-sia, memenatkan dan boleh dikatakan perbuatan bodoh.

Situasi 2

Beberapa orang kanak-kanak arab sedang bergembira bermain bola di jalanan. Aku yang lalu berhampiran mereka menyapa seorang darinya dan bertanya, "Mana gol?"

gambar hiasan semata

"Kami main tanpa gol, aku seorang lawan mereka berdua"

"Jadi apabila bola bersama kau, ke mana kau nak bawa bola tu?"

"...."

Kalau tujuannya nak berseronok, pastilah mereka merasainya. Tambah pula, mereka masih kanak-kanak. Jadi permainan begitu biasa. Cuma bila tiada matlamat, budak yang seorang itu akan kepenatan untuk memastikan bola tidak dirampas pihak lawan. Tapi ke mana dia nak membawa bola itu? Akhirnya ke mana arah permainan mereka? Bagaimana nak tentukan pemenang?

Pasti Ada Tujuan

Sebenarnya setiap perbuatan kita pasti ada matlamat. Cuma bezanya, besar mana matlamat itu, ke arah mana matlamat itu? Adakah kita buat sesuatu itu sekadar suka-suka dan nak berseronok atau kita mendapatkan suatu hasil yang positif darinya.

Persoalan yang patut selalu kita tanya pada diri, adakah kita buat sesuatu itu kerana Allah? Adakah perbuatan kita tu diredhai Allah? Adakah perbuatan kita membawa kita kepada Allah SWT?

________________________________________________________

* takziah buat sahabat baikku Syamsul Bakri, nanti aku akan curi masa untuk ke sana menziarahi hang dan kawan-kawan lain. rupanya mimpiku malam itu membawa tanda dan makna...

* banyak idea nak tulis, tapi tak tau nak tulis yang mana dulu. tambah pula, bila nak update, semua idea2 lari menhilangkan diri...

2 comments:

  1. lah..nk makan daging panggan esok..haha..matlamat aku nk kenyanag gi open house esok

    ReplyDelete
  2. eh...tak lari idea-idea tu bile hang nak update....hang tulis la sikit dalam edit post idea hang, pastu baru elaborate

    ReplyDelete



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..