Monday, August 30, 2010

Ramadhan Kian Berakhir...!!

Assalamualaikum wbt...
Salam Ramadhan buat semua...

Setelah begitu lama blog ni dibiar berhabuk, dan seperti tahun-tahun sebelum ni, dekat-dekat raya ni lah baru nak update... Pastu terbiar balik berbulan-bulan lamanya... Kesian kat korang selalu dok buka blog aku...


Tahun ni kali pertama sejak aku belajar kat Mesir, aku tak sempat merasai Ramadhan di Mesir. Serius aku rindu gila Ramadhan di Mesir. Tapi, tak dinafikan, Ramadhan di mana-mana pun ada kelebihan masing-masing. Yang penting macam mana kita sendiri memanfaatkan saat-saat tersebut..


Bermula esok, kita dah masuk ke 10 terakhir Ramadhan yang di dalamnya dijanjikan LailatulQadr yang mana ganjarannya menyamai 1000 bulan.
Maka bagaimana dengan Ramadhan kita yang telah berlalu.. Sama-sama kita muhasabah dan berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki dan mempertingkat amal ibadah kita dalam detik yang berbakti ni.

Waktu yang ada ni dah tak banyak mana dah... Sama-sama manfaatkan.



Salam Mujahadah...
________________________

* Buat sahabat-sahabat yang sedang atau akan menghadapi exam, aku harap korang buat yang terbaik, gunakan masa yang ada sebaiknya, banyakkan doa pada Allah SWT.. Doa aku insyaAllah mengiringi korang...!!

1 comment:



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..