Thursday, September 30, 2010

Malu tak Bertempat

Assalamualaikum...

Kali ni aku belum nak cerita lagi pasal 'Balik Cuti Episod 3'. Tapi aku nak bawa satu topik untuk diperbincangkan.


Situasi 1

Cikgu Malik : Rodhi, sila ke hadapan dan persembahkan cerita kamu dengan gaya sekali.

Maka Rodhi pun bergerak perlahan-lahan ke hadapan kelas. Rodhi berdiri tegak sambil pandangannya tunduk ke lantai. Dia berdiam diri. Selepas seketika, dia masih berdiam diri dan terus berdiam diri.

Cikgu Malik : Rodhi, kenapa kamu diam sahaja dari tadi?

Rodhi : Saya...saya malu cikgu..!

Situasi 2

Amir masih asyik mengadap buku pathology walaupun jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam. Tiba-tiba dia terdengar laungan sumbang seorang lelaki menyanyikan lagu 'Kau Kekasih Awal dan Akhir' di hadapan rumahnya.

Cepat-cepat dia meluru ke tingkap untuk melihat sendiri apa situasi sebenarnya. Kenapa lelaki itu terjerit terlolong menyanyi tengah-tengah malam ni. Rupa-rupanya, lelaki itu sedang memujuk kekasihnya yang tinggal di rumah sebelah.

Terdengar seorang lelaki lain menjerit kepadanya, 'woi, tak tau malu ka nyanyi tengah-tengah malam ni, takdak otak ka, sora sedap xpa jugak, ni macam katak panggil hujan'.

Situasi 3

Mak cik Seha sedang berjalan ke pasar dengan ditemani anaknya yang baru berumur 6 tahun. Anaknya tiba-tiba bersuara. 'Mama, lelaki tu tak malu. Dia tak pakai baju.' Katanya dengan nada ketawa sambil jarinya menunjuk ke arah seorang lelaki di seberang jalan.

Situasi 4

Nila sudah menyelesaikan tugasnya di CC tersebut. Maka dia pun membayar, dan terus mengangkat kaki pulang ke rumah. Belum pun sempat menyusun langkahnya, tiba-tiba kakinya terpelosok ke dalam longkang kecil di hadapan CC tersebut. Jatuh Nila dibuatnya. Sekumpulan pelajar sekolah yang melepak berdekatan serta merta mengelakkan Nila. Nila termalu, dan air matanya tak semena-mena menitis.

Situasi 5

Seorang sahabat datang berjumpaku. Dia kata padaku, 'Lah, baru-baru ni aku ternampak seorang perempuan ni.. Comei.. Dua tiga kali aku bertembung dengan dia. Aku teringin nak teguq dia. Tapi aku dok teragak-agak. Sampai ke sudah aku tak teguq. Melepas aku. tak dak chance dah nak jumpak lepas. Rasa rugi betul. Apasal la aku ni pemalu sangat...'

Aku jawab kat dia, 'Kau patut bersyukur kau ada sifat malu tu. Malu macam tu la yang Rasulullah kata sebahagian daripada iman. Malu yang menjaga kau dari terjebak ke perkara yang tak sepatutnya. Cuba kau ingat balik, apa niat kau sebenarnya masa nak tegur dia tu. Sekadar nak berkawan , nak buat jadi kekasih hati je kan. Kalau kau betul-betul nak jadikan dia isteri, lain cerita.'

Kita selalu sahaja merasai perasaan ini. Perasaan malu. Tapi malu yang bagaimana kita nak bentuk dalam diri kita. Malu kita ni kena dak pada tempatnya. Situasi yang sepatutnya kita rasa malu, kita tak malu, yang sepatutnya kita buang rasa malu tu, kita malu-malu kucing pulak. Sama-sama kita fikirkan dan muhadabah diri kita.

___________________

*dalam post lepas aku ada habaq yang aku pergi kenduri seorang sahabat. tapi, kita merancang Allah menentukan, aku tak sempat ke kenduir tersebut. mohon maaf kepada tuan rumah. nanti kat Mesir, buat kenduir lagi, kali ni insyaAllah aku hadirkan diri

* tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjaya dalam peperiksaan ulangan yang lalu. kepada yang masih exam atau akan exam, selamat berusaha dan semoga berjaya


Salam Mujahadah

Assalamualaikum...

2 comments:



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..