Friday, September 10, 2010

Salam 1 Syawal..!!

Assalamualaikum wbt...
Salam Aidilfitri...

Bersempana 1 Syawal hari ni, ingin aku menyusun semua jari yang aku ada, memohon maaf kepada semua zahir dan batin. Mohon dimaafkan segala salah dan silap, mohon dihalalkan semua yang terlebih terkurang... [nak halalkan hutang pun ok gak boleh pesa... hahaha!!!]

Kepada sahabat-sahabat yang beraya kat Mesir, Mansurah terutamanya, manfaatkan detik-detik raya yang dilalui kat sana, nanti dah graduate, payah dah nak rasa... masa tu baru nak rindu Mesir tak tentu pasal...

Walaupun korang tak ramai mana kat sana, tapi cukuplah untuk memeriahkan suasana terutamanya mereka-mereka yang akan exam. Result korang nnt mesti gempak sebab korang jawab exam dalam keadaan gembira berhari raya...!! Moga dipermudahkan segalanya... Doaku mengiringi korang...!!



Ingatlah, raya ni Allah bagi untuk meraikan kemenangan melawan hawa nafsu ketika Ramadhan, meraikan kejayaan mentarbiyyah diri ketika Ramadhan, maka jangan pula rayanya melampau-lampau sampai nak cukupkan sebulan, tapi perubahannya, habuk pun tarak...

Salam 1 Syawal,
Assalamualaikum...


2 comments:

  1. Salam
    1. Wei, buh la gambo adik kandung, watpa buh gambaq adik oghang...
    2. Aku yakin doa hang makbul.. so aku xyah study

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...

    1. Owh gambar adik2 kandung x sempat upload lagi.. lagi plak, gambar2 tu ada gambar adik2 perempuan aku sekali, aku dah letih menjawab pertanyaan rakan-rakan yang dah sampai seru ni...

    2. Ok gak kalau ko xnak study, tapi aku jawab ni ko dah lepas exam pun... moga diberi kejayaan

    ReplyDelete



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..