Tuesday, January 18, 2011

Maafkanlah dia...!

Assalamualaikum....

Esok aku akan menduduki exam round dermatology (berkaitan kulit). Dengan banyak benda lagi tak cover, tiba-tiba rasa nak cerita sikit pasal satu topik berdasarkan pengalaman-pengalaman aku sendiri masa kat Mesir ni.

Pengalaman 1.

Aku dalam satu perjalanan bersama kawan arab aku melalui satu jalan besar yang di kiri dan kanannya beberapa buah sekolah. Kawasan tu boleh dikatakan kawasan sekolah-sekolah berkumpul. Lebih 5 buah sekolah ada kat situ. Sekolah rendah dan juga menengah. (Untuk budak-budak Mansurah : kawasan tersebut merujuk kepada Syari' Kuliah Adab dekat simpang 3 dengan Syari' Gala')

aku p amik dia dari sekolah masa kena hentam dengan beg tu -
bukan dia yang hentam aku


Ketika melalui jalan tersebut, waktu budak-budak sekolah keluar tanda habis waktu sekolah, tiba-tiba, tak dak angin tak dak ribut (curi ayat seseorang), kepala aku dihentak sesuatu. Sepantas kilat aku menoleh. Seorang budak sekolah baru sahaja menghempaskan begnya yang penuh buku ke kepalaku. Aku blur seketika. Hampir-hampir sahaja aku mengejar dan membalasnya. Tapi memandangkan dia telah berlari ke seberang jalan, dan jalan pula penuh dengan kereta yang lalu lalang, aku hanya mampu menjegilkan mata dan fokus terus kepadanya (dengan harapan ada kuasa laser keluar dari mataku dan membakarnya terus menjadi abu).

Peristiwa tersebut diperhatikan beberapa arab dewasa. Mereka cuba mententeramkan aku. Perkataan 'maalish' keluar beberapa kali dari mulut mereka tanda mereka memohon maaf bagi pihak budak itu. Mereka juga cuba memanggil budak tu, tapi sapa-sapa pun yang dok kat tempat budak tu takkan menyut (sahut) punya. Budak tu dengan slamber terus lari menjauhkan diri. Dengan berat hati aku memaafkan dia dan berharap tak jumpa dia lagi (takut terpukul dia sampai mati lumat....ops)

Pengalaman 2.

Situasi yang slalu aku lalui sebagai seorang penunggang basikal tegar kat sini. Salalu je, ketika aku berbasikal dengan penuh 'hati-hati' (kononnya), tiba-tiba ada kereta yang (entah sapalah yang memandunya) memecut laju memintas kereta lain dan hampir-hampir melajukan aku bersama-samanya. Cara dia bawa tu macam dia kat lebuh raya. Sedangkan jalan tu padat dengan manusia melintas dan lalu lalang di tepinya (hampir ke tengah jalan jugak orang-orang arab ni jalan).

dalam kenangan - kalau jumpa bawa mai kat aku balik

Masa tu jugak la, ada orang yang perasan perubahan muka aku yang menunjukkan rasa tak puas hati kat pemandu yang' terlebih hemah', mengucapkan 'maalish' juga sebagai memohon maaf bagi pihak pemandu yang 'tak sengaja' memecut laju di kawasan yang tak sepatutnya dan hampir-hampir membuatkan aku terus laju ke alam seterusnya.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa di atas, aku dapati ada satu sikap yang patut kita contohi. Meminta maaf bagi pihak orang lain. Meminta maaf atas kesalahan sahabat kita kepada orang lain. Meminta maaf bagi pihak bangsa kita yang buat salah pada bangsa lain. Meminta maaf bagi pihak orang yang kita tak kenal pun sapa, kepada orang lain yang jugak kita tak kenal. Sedikit sebanyak benda-benda tu dapat meredakan rasa marah, tak puas hati, dendam seseorang kepada yang lain. Kan boleh membawa kepada masyarakat yang lebih harmoni... Tak gitu...


Akhir kata, saya memohon maaf atas segala tingkah laku silap diri ni, dan bagi pihak kawan-kawan saya mungkin kadang-kadang masuk ayaq/jadi tak tentu arah, dan bagi pihak bangsa saya yang kadang terlebih bangga, dan bagi negara, dan bagi pihak apa-apa yang mungkin tak dak kaitan dengan saya pun. Maafkanlah dia....


_____________________________________


selamat menghadapi pesakit-pesakit kulit bagi rakan-rakan sebatch yang exam esok, juga selamat buat yang terbaik bagi semua yang akan menghadapi exam besar atau test kecil. moga dipermudahkan segalanya. jangan lupa doakan aku jugak...

Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...

6 comments:



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..