Hari ni dah masuk 7 syawal 1431. Kalau kat Malaysia masih meriah dengan raya ketujuhnya. Terutamanya di kaca-kaca televisyen. Lagi tak cukup sebulan, lagi tak habis bulan Syawal, maka selagi itulah mereka-mereka ni bergembira, terutamanya golongan-golongan artis walaupun bukan semua. Mengalahkan budak-budak. Budak-budak pun, setakat raya ketiga jer. Lepas tu tak dapat sangat dah duit raya.
Hari ni, 16 September 2010, cukup 47 tahun Malaysia dibentuk. Maka semalam berlangsunglah majlis2 meraikan Hari Malaysia. Siap dengan count down sekali sebagai 'membalas dendam' tak dapat buat time Merdeka tempoh hari, memandangkan Merdeka jatuh bulan Ramadhan. Moga sambutan Hari Malaysia, lebih memberi peringatan dan menaikkan semangat patriotik rakyat, bukan menambah ruang dan peluang melakukan maksiat dan dosa dangan program-program hiburan melampau.
Esok, 8 Syawal, sambutan hari raya puasa 6 bagi yang start terus 2 syawal lepas. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Bagi yang belum, jom pakat-pakat kita segera laksanakan. Ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun. Bagi yang puasa cukup sebulan Ramadhan la. Bagi yang tak cukup, cukup-cukuplah dulu (baca : qada') yea... Tapi, yang penting jangan lepaskan peluang puasa 6 ni. Nak qada' lepas ni pun boleh... tapi lagi cepat lagi bagus kan...
Sedikit perkongsian...
Ada 3 pendapat bagi persoalan nak puasa yang mana dulu, qada' atau puasa 6;
1. Puasa 6 dahulu sebab untuk puasa qada' masih ada masa yang panjang...
2. Puasa qada' dahulu sebab dalam hadis kelebihan puasa 6, Rasulullah bersabda, mafhumnya lebih kurang, siapa yang puasa sebulan Ramadhan, diikuti 6 hari dalam bulan syawal, maka pahala seperti berpuasa sepanjang tahun. Maka, kenalah cukupkan yang Ramadhan dahulu. Kalau tak lengkap, kena qada' dahulu..
3. Puasa qada' terlebih dahulu, dengan niat puasa qada', akan dapat pahala puasa 6 sekali. Kemudian sempurnakan sehingga cukup 6 hari kalau puasa yang ditinggal kurang dari 6..
* gambar tiada kaitan dengan cerita... =)
Salam Syawal
Assalamualaikum wbt...
No comments:
Post a Comment