Peluang selalu sahaja datang, kadang-kadang apabila dipinta, kadang-kadang dengan sendirinya. Tapi, kita selalu melepaskan peluang yang datang dengan alasan ataupun tidak, dengan bersebab atau tidak.
Baru-baru ini, ketika aku mengharungi satu perjalanan (kalau berkesempatan aku akan ceritakan nanti), aku telah didatangkan satu peluang. Peluang yang pada awalnya langsung aku tak mintak. Tapi peluang tersebut aku biarkannya pergi kerana kelemahan dan kekurangan yang ada padaku.
Selepas peluang pertama berlalu, aku memohon moga diberi peluang kedua. Aku katakan pada diriku, kalau peluang ini datang sekali lagi, aku betul-betul takkan lepaskannya. Hanya ketika aku merasakan peluang itu tidak akan berkunjung lagi, peluang kedua itu datang. Kali ini, peluang itu hanya singgah sebentar. Aku menyangka peluang itu akan lama menantiku, tetapi aku silap. Maka untuk sekian kalinya, aku terlepas selepas aku menangguhkan tindakan yang patut aku ambil.
Justeru, yang tinggal hanya harapan diberikan peluang seterusnya. Dan yang pasti, peluang itu tidak juga muncul-muncul. Yang ruginya aku. Yang beruntungnya juga aku kerana pasti ada hikmahnya walaupun aku mungkin tidak dapat melihat atau merasainya.
Pesananku, kalau peluang dah depan mata, jangan tangguh-tanguh, jangan leka, jangan lepaskan peluang itu, kerana mungkin peluang itu hanya sementara, mungkin peluang itu takkan kujung tiba lagi selepas itu.
Dalam entry yang lalu, aku menceritaka pasal malu. Betul-betul lepas aku post entry tersebut, aku menghadapi satu situasi yang membuatkan aku membisu seribu bahasa. Aku tak tahu adakah sebab aku malu atau sebab memang aku tak mampu nak bersuara membuatkan aku hanya membisu dan kelu
*kepada penyokong Man U, bersabarlah dahulu, dan bersabarlah kemudian, kerana sepertinya Chelsea tak mahu melepaskan peluang langsung kepada Man U...hehehe :)
Salam Mujahadah
Assalamualaikum
Aku tertanya2.. apakah cerita di sebalik pos ini...
ReplyDeletejuga terpinga-pinga,
ReplyDeletetidak tahu mana pangkalnya,
mana hujungnya