Aku baru sahaja sembuh dari demam (yang mencuri masaku sehingga hampir 2 minggu) yang memaksaku mengharungi peperiksaan dalam ujian yang berat. Namun, ucapan Alhamdulillah atas nikmat sihat yang kembali (walaupun mungkin masih tersisa batuk-batuk kecil dan selsema) dan moga-moga dengan nikmat sihat yang ditarik sementara itu, turut sama tertarik dosa-dosaku. Moga, kembalinya kesihatan aku bermakna juga aku kembali kepada fitrah yang suci. Moga Allah mengampunkan segala dosaku dan Allah SWT membantu aku untuk terus kuat menjaga diriku dari terjerumus dalam maksiat dan dosa...!! Sama-sama kita doakan untuk diri kita...
Sebelum demam, aku juga diuji dengan suatu kehilangan. Tungganganku dipinjam orang tak dikenali untuk tempoh yang diketahui... Entah akan dipulangkan atau tidak (semestinya)... Moga aku masih ada jodoh dengan basikalku itu...
Assalamualaikum wbt...
No comments:
Post a Comment