Pasca Revolusi Mesir ni aku lihat masyarakat Mesir sedikit sedar
dan mereka mahu berubah ke arah lebih baik,
lebih bersistem,
lebih bersih.
Aku dapat lihat kumpulan-kumpulan manusia
yang merancang,
menyusun
dan menggerakkan masyarakat
agar sama-sama sedar seperti mereka
dalam mengubah Mesir ke arah lebih baik,
lebih bersistem,
lebih bersih.
Mereka membahagi-bahagikan kumpulan
untuk membersihkan jalan-jalan,
menyediakan tempat-tempat sampah,
dan mengingatkan kepentingan kebersihan.
Moga usaha mereka ini,
terus berkekalan.
Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Moga Mesir menuju ke arah lebih baik,
lebih bersistem,
lebih bersih.
An-Nazofah Min Al-Iman
___________________________
Mansurah kembali tenang macam awal-awal aku datang dulu
sedikit yang sebangsa denganku
aku rasa aman begitu...
tapi suasana akan lagi best kalau
mereka-mereka ada di sisiku
sahabat-sahabatku...
Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...
No comments:
Post a Comment