Monday, September 28, 2009

Ragam AidilFitri

Setelah hampir 10 hari Syawal berlalu, masih ada yang terus sakan be'raya' dan ber'open house'. Kemeriahan AidilFitri mula diganti dengan bahang kuliah yang akan bermula tak lama lagi. Semoga kita sama-sama dapat menyediakan diri sepenuhnya sebelum bermulanya kelas kelak. Pakat-pakat kita tanam azam, tambah semangat, maintain motivasi untuk tahun pengajian baru ni...

Beberapa gambar yang aku sempat rembat masa raya hari tu. Sapa-sapa yang nak gambar-gambar yang lain, boleh mai amik kat rumah... Kamera digital yang biasa ja [tu pun pinjam..] bukan SLR macam kebanyakan kawan-kawan aku pakat guna la ni...

selepas selesai solat sunat & dengar khutbah hari raya

pagi-pagi terakhir Ramadhan & pagi AidilFitri


lepas solat raya, diorang terus salin baju,
tak sempat nak bergambar dngan baju raya



sementara menuggu waktu boleh makan


antara makanan yang terhidang selepas
semua orang bertungkus lumus pada malam raya



bergambar selepas selesai makan sesi pertama

pakat tayang kad raya PCM

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..