Wednesday, September 23, 2009

Mesir & Malaysia [part 2]

Ramadhan akhirnya sekali lagi meninggalkan kita. Setelah sebulan membuka ruang dan peluang untuk kita menambah keimanan dan mendapat keampunan, Ramadhan akhirnya pergi lagi.

Kali ni, aku nak kongsi beberapa cerita yang aku alami dan aku perhati ketika Ramadhan yang lalu. Moga cerita-cerita ini dapat la sedikit sebanyak memberi pengajaran dan manfaat buat kita.

Cerita 1

"Betul la aku baca, apsal nak kena ulang balik plak?", seorang pak cik arab meluahkan rasa tak puas hati apabila diminta mengulangi bacaan Al-Quran ketika mereka bertadarus seusai solat subuh.

"Ulang je la sekali lagi, bukan berdosa pun", balas pak cik yang lain.

Tiba-tiba pak cik yang awal tadi bangun dengan muka tak puas hati sambil mulut tak berhenti menyumpah, mengambil seliparnya dan terus meninggalkan masjid.

Sebenarnya, aku hanya sedar apabila pak cik tu bangun dalam keadaan marah-marah, ambil selipar dia, dan keluar dari masjid. Masa tu, kawan-kawan pak cik tu ada yang geleng-geleng kepala, ada yang senyum tak tahu kenapa. Aku pun tak tahu apa punca. Dialog atas tu aku saja-saja reka sebab lama lepas tu, pak cik tu pernah disuruh ulang balik bacaan, dan muka dia macam tak puas hari sikit.

Yang bagusnya, selang beberapa hari, pak cik tu dah ada balik. Langsung tak nampak macam bergaduh apa-apa. Kalau orang melayu la, benda-benda kecik macam tu, kalau bergaduh, boleh bawa sampai 7 keturunan. Start dengan benda kecik ja, tapi lepas tu mula la jadi besaq.

Ni la salah satu sifat orang arab yang aku respek. Kalau bergaduh teruk macam mana pun, senang nak berbaik semula. Tak macam masyarakat melayu.

Tapi, kalau melayu bergaduh dengan arab agak-agak macam mana jadinya...?


Cerita 2

Ramadhan di Mesir memang meriah. Antara yang best dan ketara ialah sifat berlumba-lumba nak buat kebaikan. Bukan di kalangan orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak jugak.

"Berapa kali dah kau khatam Al-Quran Ramadhan ni?", soalan yang sering ditanya.

Kalau kat Malaysia, jarang la nak dengar soalan-soalan camtu. Kalau ada pun, soalan dia lain sikit.

"Kau dah khatam ke Al-Quran"

Aku pernah gak tanya kat seorang budak, Ahmad Adel, "kau dah khatam ke?".

"Belum", jawab Ahmad.

Terkejut gak aku sebab aku nampak dia dah baca juzuk amma pagi tu.

Dia kata, tinggal lagi semuka nak habis. Saja dia simpan sebab nak baca malam 27 Ramadhan sebelum solat Fajar.

Owh, camtu pulak.. Dia dengan adiknya akhirnya khatam malam 27 Ramadhan.

Kat Mesir, malam 27 Ramadhan memang lebih meriah dari malam-malam lain. Ramai yang berpendapat malam tersebut lailatulQadr kat sini.

Semoga, suasana Ramadhan yang aku alami di sini, aku akan dapat rasai yang lebih hebat di Malaysia kelak.

Cerita 3

Ni cerita time raya pertama. Pagi-pagi raya lagi aku dah dengar berita buruk. Salah seorang kawan arab aku eksiden. Eksiden berdarah tapi tak parah.

Tapi, tu bukan ceritanya. Ceritanya bermula bila kami selesai solat sunat hari raya. Aku macam tahun-tahun sebelum, akan luang masa sekejap dengan kawan-kawan arab di jalanan.

Antara kenalan arab aku, ada seorang anak 'bawab'*. Masa aku tengah lepak-lepak. Aku ternampak anak bawab tu. Dia berjalan terus tanpa berpaling kepada kami dan terus masuk ke rumahnya yang dibina dengan kotak-kotak terbuang.

Aiks, selalu nampak aku, dia mai teguq, awat langsung tak pandang kali ni. Aku perasan. Rupanya dia malu nak bersama kawan-kawan lain. Ye la, hari raya, kawan-kawan lain semua berbaju baru. Siap saling bertanya harga pakaian masing-masing. Dia, semestinyalah tak mampu nak beli baju baru. Nak ada baju lama yang lawa-lawa pun, belum tentu lagi.

Jelas nampak riak kesedihan kat muka dia. Aku pun jadi serba salah.

Tiba-tiba dari tingkat 4 satu bangunan ada orang panggil ayah dia. Orang tu mencampakkan satu plastik hitam berisi sesuatu.

Ya, seperti yang anda teka, plastik tu berisi baju. Apa lagi, seronok tak sudah budak tadi. Terus je dia pakai baju tu. Walaupun dia tak terus keluar main dengan kawan-kawan, tapi aku nampak jelas dia tersenyum gembira masa pakai baju tu walaupun baju tu bukan baju baru. Cuma cukup untuk hilangkan rasa malu dia dengan kawan-kawan. Bagi dia, baju tu tetap baru.

Apa yang korang dapat dari cerita-cerita ni?

*bawab = orang yang jaga bangunan. Biasanya satu-satu bangunan tu ada satu family jaga. Dianggap golongan bawahan kat Mesir. Tapi hubungan masyarakat dengan golongan ni, baik je... So, tak sesuai gak sebenarnya panggil golongan bawahan, cuma tak tahu nak explain camna...

No comments:

Post a Comment



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..