Friday, October 02, 2009

1Subjek, 1Exam

Hari Rabu yang lalu, keputusan peperiksaan ulangan [dur thani] tahun 3 keluar. Apa yang aku dengar, semua lepas kecuali 2 orang. Nama aku tak tersenarai. Tapi boleh jadi gak nama aku tak ditengok. Sebabnya, angka giliran aku tak bersama yang lain-lain. Aku dalam kumpulan-kumpulan terakhir. So, aku minta seorang junior tolong tengokkan dan Alhamdulillah... Maka, kekallah rekod aku.

Rekod & Apa yang Menarik

1. Tahun 3 ada 4 subjek, dan aku telah mengambil 4 kali exam. [1Subjek, 1Exam ; sekali exam lepas 1 subjek]

2. Untuk semua 4 exam, aku tak pernah tengok result aku. Semua kawan-kawan yang beritahu.

3. Untuk semua 4 subjek, aku dapat Maqbul Marfu3 [markah atas urat selepas ditambah markah oleh doktor...]

Apa-apa pun, Alhamdulillah, syukur tak terhingga. Akhirnya aku terlepas dari situasi genting (dihantar balik Malaysia). Moga selepas ini aku tak menjerumuskan diri ke situasi seperti itu lagi. Semoga Allah SWT terus membantu diri ini & mengurniakan yang terbaik buat aku.

Bermulalah episod baru dalam pengajian aku. Esok, 3 Oktober, kuliah akan bermula dan berakhirnya cuti musim panas kali ni. Cuti lepas ni hanyalah setiap hari Jumaat. Aduh...!!!

Selamat kembali ke SEKOLAH...!!!

7 comments:

  1. salam,mabrouk naik tahun,lepas ni kene gigih lagi lah, tak leh kene dur lagi dah....time soifi ni la kita nak pulun bab dakwah....ni kalau kene dur, kacau program skit jadinya...apa2 hal pun...syiddi halak....

    ReplyDelete
  2. ~irfansalmi:
    alhamdulillah...thn3 ja kot dur thani tu, tahun lain xmau dah... nak mumtaz mcm hang plak... hehe

    ~aizat sofian:
    nak suruh ucap tahniah kat dia jugak la tuh.. lepas 2 subjek... tahniah3... :D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..aku pun tumpang seghonok!!!

    ReplyDelete
  4. ~Zulfahmi Haron:
    hampa la ni dah mantap, dah tnggai aku kat belakang...!!! nnt kita balik sekali na..!!

    ReplyDelete
  5. ~azrul
    aku tempah pun ko jarang nak turun main...
    lagi pulak, xyah suruh2, aku rasa nak main aku tempah je.., kalau nak main, tngok je iklan kat blog aku...haha :D

    ReplyDelete



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..