Monday, September 14, 2009

BELUM TIBA MASANYA


Makin hari, makin sibuk manusia dengan persiapan Aidil Fitri. Sedang kita sepatutnya menggunakan sepenuhnya hari-hari Ramadan yang berbaki kerana tawaran-tawaran yang ada pada malam-malam berbaki ini, belum tentu kita akan perolehnya semula pada masa-masa yang akan datang.

Jadikanlah hari-hari yang berbaki ini, hari-hari yang kita berada paling dekat dengan Allah. Hati kita, anggota kita, pastikan mereka terus-menerus beribadah dan mengingati Allah SWT.

Mana mungkin kita mampu meraikan Aidil Fitri sekiranya kita melepaskan peluang-peluang keemasan yang Allah janjikan.

Muhasabahlah diri kita. Betapa teruknya kita. Mampu bergembira meraikan hari kemenangan, sedangkan kita gagal mengaut sepenuhnya keistimewaan Ramadan.

Carilah LailatulQadr di sepanjang hari-hari yang berbaki. Sesungguhnya malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan.

-Allahummarzuqna LailatulQadr, Allahumma ij3alna minarRutaqa', Allahumma a'tiq riqabana minanNar-

5 comments:

  1. salam...
    dedikasi yg sgt menarik dan mnyentuh perasaan sbg seorg shbt..tahniah krn mempunyai shbt spt ini..smg ukhuwah yg dijalinkan trs seiring dgn rahmat dan redho Allah,insyaALLAH.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.. Alhamdulillah, semoga diri dapat juga menjadi sahabat yang baik kepada dia dan sahabat2 yang lain.

    Hm..ni terkomen kat tempat yang salah ni...hehe

    ReplyDelete
  3. Knpa kata terkomen tmpat yg salah pulak..ada ayat yg nmpak mcm xkena ke?

    ReplyDelete
  4. xde yg salah, cuma ayat tu macam nak komen utk artikel dedikasi seorang sahabat. tp komennya kat ruangan 'belum tiba masanya'... tp xsalah pun...
    atau mmg nak komen utk yg ni?

    ex mmas ni sapa ek? mcm kenal jek..!!!

    ReplyDelete
  5. ya..btul2.silap tempat..patut la pelik ja bila tngok comment utk post tu kosong ja.

    kenal?ramai ex mmas.

    ReplyDelete



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..