Thursday, September 10, 2009

INGATI MATI


Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: "Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w:
Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?"
Baginda menjawab:
"Keseluruhannya adalah pengajaran".

Aku merasa hairan terhadap orang
yang yakin kepada kematian
tetapi ia masih terus bergembira,
Aku hairan
kepada orang yang yakin tentang neraka
tetapi dia masih ketawa,
Aku
hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah
tetapi dia masih
kecewa,
Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolak-balik
penghuninya
tetapi dia masih merasa aman terhadap dunia,
Aku juga
merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian hari
tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)"

3 comments:

  1. owp, silap nama.. maalisy

    ReplyDelete
  2. Ustaz muhammad, kenapa komen guna komputer ana, kan dah tersilap nama... apsal basah, air mata mengalir ke,,? bagus2 terus gandakan usaha kita di LailatulQadr

    ReplyDelete



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..